Hormati tajdid, prerogatif Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

PERDANA Menteri (PM), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat satu tajdid atau pembaharuan politik yang perlu disokong tentang bagaimana beliau mewujudkan pendekatan politik harmonis dengan mendapat sokongan daripada pembangkang menerusi memorandum persefahaman (MoU) selepas mengetuai pentadbiran pada Ogos tahun lalu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mendatang ini yang begitu seimbang, yang dapat diterima oleh pihak sebelah sana. Ini tidak terbayang oleh kita – suatu politik yang begitu dinamik sekali gus mewujudkan suasana tenang dan aman. Perdana Menteri cuba membuang politik tidak sihat, benci dan dendam.

Realitinya, masing-masing PM dari pertama hingga kesembilan mempunyai pendekatan berbeza. Tiada dua PM menangani sesuatu isu dengan cara sama.

Ismail Sabri adalah PM paling sesuai ketika ini kerana tiada beban liabiliti dan diterima parti gabungan. Pengalaman dimiliki sebagai bekas timbalan perdana menteri, menteri kanan dan menteri di pelbagai kementerian menjadikan beliau calon yang boleh menerajui negara. Pada pandangan saya, usah dikacau ganggu Ismail Sabri kerana fokus utama kini adalah menstabilkan politik dan pada masa sama membawa keluar negara dari kemelut kesihatan dan ekonomi secepat mungkin.

Pendekatan responsif dan bertanggungjawab dalam memulihkan ekonomi negara selepas pandemik Covid-19 menjadi petunjuk utama kejayaan Ismail Sabri sepanjang tempoh setahun pentadbirannya.

Perkembangan ekonomi memberangsangkan

Ekonomi negara berkembang 8.9 peratus bagi suku kedua tahun ini yang merupakan terbaik di Asia Tenggara. Pertumbuhan pesat itu hasil daripada keputusan kerajaan membuka semula semua sektor ekonomi dan sempadan negara seterusnya memulihkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Transformasi ekonomi

PM berani mengambil langkah drastik dalam memperkenalkan inisiatif bagi membantu Keluarga Malaysia seperti SemarakNiaga, Malaysia Digital dan JaminKerja yang membantu transformasi ekonomi negara ke arah sis­tem digital dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat bangkit kembali dalam keadaan ekonomi global yang tidak stabil. Inisiatif ini berjaya menampakkan hasil apabila kadar pengangguran pada tahun ini turun kepada 3.8 daripada 4.3 peratus sebelumnya.

Justeru, kita harus hormati Ismail Sabri pada sebarang pendekatan yang hendak diambil dan siapa yang beliau hendak jumpa atau lantik sebagai penasihat. Semasa era Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku PM5, semua sedia maklum. Beliau ada ‘kumpulan Tingkat 4’ yang menasihati daripada segaka segi, malah begitu berpengaruh.

Waktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ada dua orang Datuk yang berpengaruh dalam mengendalikan media sosialnya dan menasihati perniagaan termasuk 1MDB. Salah seorangnya masih dalam pelarian Interpol sekarang.

Pengagihan subsidi terbesar kepada rakyat

Kerajaan mengagihkan subsidi berjumlah RM77.7 bilion pada tahun ini untuk mengawal inflasi daripada terus terjejas berikutan peningkatan inflasi global. Subsidi ini berjaya mengawal kenaikan harga kos logistik dan pengangkutan.

Justeru, kita harus hormati Ismail Sabri pada sebarang pendekatan yang hendak diambil dan siapa yang beliau hendak jumpa atau lantik sebagai penasihat. Oleh itu, apa masalahnya jika PM sekarang merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar? Itu adalah hak beliau selaku PM. Janganlah dipertikaikan sebagaimana kita tidak pernah pertikai Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu mereka berkuasa dahulu.

Mengenai tarikh Parlimen akan dibubar, mengikut suara sebahagian pemimpin UMNO di atas kertas, wajar disegerakan sahaja PRU15 kerana dengan komposisi Parlimen sekarang, kemelut akan berterusan. Bermain politik hanya mem­bawa kerajaan yang reaktif.

Menangi ‘ribut politik’

Jika tarikh bubarnya menjangkau hingga tahun depan, dibimbangi seperti mana diperkatakan pepatah Melayu, yang dikendong tak dapat, yang dikejar keciciran.

Apa pun, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada Ismail Sabri. Beliau telah memberi bayangan PRU15 akan berlangsung sebelum akhir tahun ini. Bagaimanapun, katanya perbincangan belum diadakan dengan kepimpinan tertinggi UMNO Top 5 atau ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi menentukan tarikh pembubaran. Ia kemudian disusuli perbincangan dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), Kabinet dan diakhiri perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Di tangan PM terletak kua­sa menasihati YDPA mem­bubarkan Parlimen di bawah Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan. Kuasa mutlak pembubaran pada Seri Paduka di bawah Perkara 43.

Sekalipun ada cakap-cakap nakal kemungkinan berlaku pemecatan atau menarik sokongan, realitinya di bawah Perkara 43, tiada sesiapa yang boleh turunkan seseorang PM kecuali dengan undi tidak percaya di Parlimen. Dengan cara itu, waima dipetisyenkan pun kepada YDPA, itu tidak boleh berlaku sebab proses Perkara 43 tadi harus dilalui dengan kadar begitu.

Malah, sikap beliau tidak mahu mencampuri urusan mahkamah dan institusi kehakiman perlu dipuji dan dihargai. Walaupun tidak mendapat sokongan daripada partinya sendiri, tetapi kita dapat lihat bagaimana terpujinya sikap beliau yang teguh dengan keputusannya sebagai salah satu proses tajdid yang ingin diperkenalkan.

Juga, walaupun diasak oleh parti sendiri, Ismail Sabri terus melangkah untuk memakmurkan negara. Sikap beliau menangi ‘ribut politik’ harus dipuji. Beliau tidak kelam kabut malah tenang menghadapinya. Kemakmuran negara lebih menjadi tumpuannya kerana tanggungjawab kepada seluruh rakyat lebih utama daripada kehendak 3.6 juta ahli UMNO. Ayuh Ismail Sabri, teruskan usaha anda.

Sama ada benar berlaku sebelum hujung tahun ini atau menganjak ke tahun depan, lirik lagu dendangan mendiang Broery Marantika ini mungkin menjawab persoalan berlegar-legar di kepala sebahagian pemimpin UMNO yang mahukan PRU15 disegerakan.

Biarlah bulan bicara sendiri (biarlah),
Biarlah bintang ‘kan menjadi saksi (biarlah),
Takkan ku ulangi walau sampai akhir nanti,
Cukup derita sampai di sini. – UTUSAN

DATUK Dr. Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker