Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen

Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen

Mahu keluar daripada zon selesa dan enggan dikenali dengan watak putih membuatkan Anna Jobling sedia mencabar diri dengan membawakan karakter jahat.

Pemilik nama Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, itu tidak kisah andai dibenci penonton kerana ia bakal menjadi penan­da aras bahawa penjiwaan serta penghayatan lakonan watak antagonis tersebut benar-benar berkesan.



“Memang dalam kebanyakan drama saya memegang watak baik iaitu wanita tipikal yang sempurna sekali gus disenangi penonton.

“Bukan tak mahu mencuba peranan lain, tetapi mungkin penerbit dan pengarah ketika itu lebih nampak kekuatan saya de­ngan perwatakan sama.

“Jadi apabila ditawarkan watak bekas kekasih bernama Delila dalam drama bersiri Ash dan Aish, saya tak berfikir panjang. Ini kali pertama saya membawakan watak jahat, tetapi tidaklah begitu sukar, tambahan pula saya banyak merujuk watak antagonis lain,” kata Anna.

Pelakon berusia 22 tahun itu berkata demikian menerusi temu bual dalam talian sempena pelancaran Ash dan Aish siaran saluran Astro Ria.



Masih berkisarkan tentang kisah cinta, Ash dan Aish menampilkan gadis kampung yang membawa diri ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu selepas dibuli ibu bapa serta saudaranya yang tamakkan harta keluarga.

Aish lakonan Siti Khadijah Halim yang kehilangan orang tua akibat kemalangan bertemu lelaki misteri bernama Ashrafi atau Ash (lakonan Meerqeen) yang sering membantunya pada saat memerlukan.

Kemuncak dilema pasa­ngan itu tercetus selepas mereka berkahwin disusuli tragedi kemalangan yang menyebabkan Ash koma. Menerusi kisah cinta yang menyentuh perasaan itu, Anna membawa watak bekas kekasih Ash dan menjadi penggugat hubungan lelaki itu dengan Aish.

Anna yang dikatakan gandi­ngan serasi Meerqeen menerusi drama fenomena Melur Untuk Firdaus juga mendedahkan penggambaran Ash dan Aish sebenarnya dijalankan terlebih dahulu berbanding naskhah kegilaan ramai, Melur Untuk Firdaus.



Gadis berdarah campuran Melayu-Inggeris itu tidak menafikan gandingan dan populariti bersama Meerqeen banyak membantu menaikkan rating drama lakonan mereka, namun menegaskan itu bukan faktor utama.

“Kemunculan kami mungkin hanya memberi peratusan kecil sebab kita tidak boleh nafikan sumbangan pelakon lain serta kekuatan jentera promosi,” katanya.

Sementara itu, bintang tinggi lampai ini juga tidak akan menolak sekiranya diminta bergandingan dengan Meerqeen untuk projek lain selagi khidmat mereka diperlukan.

Kegilaan ramai terhadap kedua-dua bintang itu membuatkan nama mereka menjadi sebutan termasuk peminat negara seberang iaitu Indonesia. K Online



Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II



Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker