Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM

Netizen kecam sikap kakitangan KKM

Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM

Seorang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikecam netizen ekoran keceluparannya melemparkan kata-kata kesat terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dia berkenaan bukan sahaja menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung masalah kesihatan yang dihadapi bapanya malah turut menggelarkannya sebagai ‘anjing’.



“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal anjing,” kata lelaki berkenaan dalam ciapan Twitternya yang tular sejak semalam.

Semakan MalaysiaGazette mendapati akaun Twitter yang digunakan untuk menyiarkan ciapan tersebut tidak lagi wujud.

Bagaimanapun, netizen sempat mengambil tangkap layar ciapan tersebut dan menularkannya dalam media sosial.

Seorang netizen, Fakhrull Azman Abu Bakar mempersoalkan sama ada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin akan mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.



“Jika dibiarkan mungkin bukan sahaja Datuk Seri Najib tapi ianya juga memberi kesan kepada pesakit lain,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya.

Sementara itu, para pengguna Twitter hairan kerana berdasarkan pemahaman mereka, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit yang dirawatnya.

Salah seorang daripada mereka turut berkongsi salah satu misi KKM yang menekankan sikap penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan; sifat menghormati maruah insan dan penglibatan masyarakat.

Sehubungan itu, mereka kesal dengan sikap lelaki terbabit yang didakwa tidak mencerminkan sikap sedemikan dan tidak menghormati orang seperti yang ditekankan oleh misi KKM.



Setakat ini, masih belum ada maklum balas daripada kementerian berhubung isu tersebut.

Pada Isnin lalu, Nooryana Najwa melalui Instagram Story miliknya memaklumkan bahawa doktor menemukan banyak ulser baharu dalam perut Najib dan tekanan darah bapanya semakin tinggi dipercayai akibat pengambilan ubat yang dibekalkan.

Kelmarin, Khairy berkata, Hospital Kuala Lumpur telah memberi kandungan formula ubat yang sama kepada Najib tetapi ubat tersebut adalah ubat generik justeru tidak timbul isu ubat ditukar seperti yang didakwa oleh ahli keluarga bekas Perdana Menteri itu.

Semalam, Khairy berkata, Najib boleh membawa bekalan ubatnya sendiri kerana prosedur penjara membenarkan banduan berbuat demikian. MG



Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II



Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker