Ibu racun pelajar kerana lebih bijak daripada anaknya

Suspek kini ditahan polis dan siasatan masih diteruskan. – Spotlight 7

NEW DELHI – Seorang wanita di India didakwa meletakkan racun ke  dalam minuman rakan sekelas anaknya kerana cemburu terhadap pencapaian akademik mangsa yang mencatatkan keputusan lebih cemerlang, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Dalam kejadian pada Jumaat lepas di bandar Karaikal, mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia selepas diracun suspek yang berusia 42 tahun.

Menurut laporan, suspek menyerahkan sebotol minuman ringan kepada seorang pengawal sekolah untuk diserahkan kepada mangsa ketika acara tahunan sekolah diadakan.

Namun, sejurus pulang ke rumah sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), mangsa mengadu kepada ibunya bahawa dia berasa sakit selepas meminum air tersebut.

Selepas dia mula mengalami muntah, kedua-dua ibu bapanya menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke sebuah hospital di Karaikal di mana dia menerima rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah.

Malangnya, keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut semakin merosot dan tidak lama selepas dia dimasukkan semula ke hospital pada keesokan harinya, dia disahkan meninggal dunia.

Ibunya kemudian meminta pihak sekolah untuk membenarkan dia memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan mendapati bahawa suspek memasukkan sesuatu ke dalam botol minuman sebelum diserahkan kepada pengawal sekolah untuk diberikan kepada anaknya.

Suspek dikenal pasti sebagai ibu kepada salah seorang rakan sekelas mangsa, di mana mereka berdua dikatakan bertengkar disebabkan persaingan dalam akademik.

Dia dilaporkan mahu memastikan anak perempuannya menjadi perhatian ketika majlis tahunan sekolah dan membuat keputusan untuk melakukan sesuatu kepada mangsa ketika acara itu agar pelajar tersebut tidak diraikan.

Suspek kemudian mengaku hanya memasukkan pil julap bagi memastikan mangsa mengalami cirit-birit, namun menurut polis, hasil bedah siasat menemui kesan racun pada badan mangsa.

Suspek dilaporkan telah ditahan dan siasatan diteruskan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker