PAS ikrar teguh bersama Muhyiddin

PAS ikrar teguh bersama Muhyiddin

PAS menjadi parti pertama menyatakan sokongan ketika Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kini didesak untuk meletak jawatan.

Gesaan meletak jawatan terbaru itu hadir setelah menteri undang-undang Takiyuddin Hassan didakwa sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam pembatalan ordinan darurat.

“PAS berdiri teguh bersama perdana menteri dalam mendokong semua keputusan yang telah diputuskan oleh kabinet.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19.

“Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan media, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam kerajaan PN menambah bahawa PAS akan sentiasa tegas dalam mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Sekutu nasihatkan Muhyiddin letak jawatan

Tengah hari tadi Istana Negara mengeluarkan kenyataan bagi memaklumkan rasa amat dukacita Yang di-Pertuan Agong terhadap cara ordinan darurat dibatalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin, Agong juga amat kecewa apabila ordinan darurat itu tidak dibentang dan dibahaskan seperti dipersetujui Takiyuddin dan Peguam Negara Idrus Harun di hadapan baginda pada 24 Julai lalu.

Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah juga amat dukacita apabila Takiyuddin mengelirukan Dewan Rakyat dengan kenyataan dibuatnya semasa sidang khas berlangsung.

Susulan kenyataan Istana Negara itu, Pakatan Harapan bersama Umno dan Pejuang mendesak Muhyiddin segera meletak jawatan.

PAS ikrar teguh bersama Muhyiddin

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kabinet Muhyiddin malukan negara, tidak faham perlembagaan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker