Israel tembak mati kanak-kanak Palestine

Israel tembak mati kanak-kanak Palestine

SEORANG kanak-kanak Palestin berusia 11 tahun yang cedera parah ditembak tentera pengganas Israel di pintu masuk pekan Beit Ummar, dekat bandar Hebron, Tebing Barat meninggal dunia akibat luka dialaminya, semalam.

Agensi berita Palestin, WAFA yang mememtik kenyataan kenyataan Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan, kanak-kanak malang itu, Mohammad Mouayyad Allamy, cedera pada bahagian dada setelah askar Israel melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan dipandu bapanya di lokasi kejadian.

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Ahli di Hebron dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Mouayyad bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian akibat kecederaan yang dialaminya.

Tentera Israel melancarkan serangan terhadap penduduk dan hartanah Palestin di Tebing Barat yang dijajah mereka pada setiap hari.

Pihak Berkuasa Palestin sementara itu terus menuntut masyarakat antarabangsa untuk melindungi rakyat Palestin, yang menderita selama puluhan tahun di bawah ancaman askar pengganas Israel. Utv

Israel tembak mati kanak-kanak Palestine


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Soalan mudah pun tunggu Isnin nak jawab

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker