Bina Hospital Di Lapangan Terbang — MYKMU.NET

Bina Hospital Di Lapangan Terbang

Sebaran :

Bina Hospital Di Lapangan Terbang

BANGKOK: Sukarelawan Thailand mengubah sebuah gudang kargo di Lapangan Terbang Don Muang Bangkok menjadi sebuah hospital yang mampu menempatkan 1,800 pesakit COVID-19.

Ini selepas negara gajah putih itu melaporkan peningkatan kes harian mencecah 16,533 kes dengan 133 kes kematian pada Rabu.

Thailand kini rekodkan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 543,361 kes dengan 4,397 kes kematian.

Pengarah Hospital Mongkutwattana, Rienthong Nanna berkata, hospital yang dibangunkan itu akan menempatkan sebilangan besar pesakit yang mengalami gejala ringan.

Katanya jumlah jangkitan yang terus meningkat membuatkan lebih banyak hospital lapangan diperlukan.

Lonjakan kes COVID-19 di ibu kota telah memberi tekanan pada sistem kesihatan.

Kerajaan pula berdepan kritikan masyarakat susulan dakwaan pemberian vaksin yang lambat.

Thailand menyasarkan untuk menyuntik 50 juta orang pada akhir tahun ini, tetapi setakat ini hanya 5.6 peratus daripada lebih 66 juta penduduknya diberi vaksin sepenuhnya, sementara 19.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.-Reuters

Bina Hospital Di Lapangan Terbang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Video upacara sembahyang di Bayan Lepas tular [VIDEO]

Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Empat ahli DAP P. Pinang didakwa pecah amanah


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: