Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
SEORANG lagi atlet judo menarik diri daripada Olimpik Tokyo 2020 selepas membuat keputusan untuk tidak berdepan peserta Israel.
Mohamed Abdalrasool, atlet dari Sudan mengikut jejak langkah Feith Nourine (Algeria) sebelum dia dijadualkan berdepan Tohar Butbul (Israel).
Nourine dalam kenyataannya sebelum ini berkata, sokongan politik buat Palestin menyebabkan dia tidak mahu menentang peserta Israel.
Bagaimanapun Abdalarasool masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung keputusannya itu.
Pasukannya mendakwa dia mengalami kecederaan bahu, bagaimanapun Butbul ragu-ragu mengenai perkara tersebut.
“Ini adalah perkara yang kadang-kadang berlaku dalam sukan judo, jadi itu tidak aneh bagi saya. Saya hanya perlu menunggu, tetap fokus dan menunggu peluang pertama saya,” kata Butbul. – Metro.co.uk
Atlet Judo Sudan Pula Tarik Diri, Enggan Berdepan Peserta Israel
Baca Artikel Menarik :
- PN hilang kuasa bila batal ordinan darurat
- Doktor kontrak bukan masalah ketika pentadbiran saya, Najib
- Mencelah bukan cara saya, tunggu Rabu ini- Najib
- Netizen Dakwa PA Ebit Lew Seorang Pedofil?
- Resepi Mee Rebus Daging Sedap Betul
- Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia