Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

SELESAI menjalani pembedahan akibat masalah gastrik kronik atau Gerd pada Khamis lalu, penyanyi Ezad Lazim kini masih lagi berehat di rumah sehingga sembuh sepenuhnya.

Menurut isterinya iaitu Zeana Ramli, penyanyi lagu Demi Cinta ini berada dalam keadaan baik, namun emosinya sedikit terganggu kebelakangan ini.

“Dia kalau sakit, dia diam je tak banyak cakap… dia kena ada sokongan, dulu mak dia paling banyak beri sokongan tapi sekarang dah tak ada.

“Ezad jenis orang yang kalau sakit tak mahu orang tahu, kawan-kawan ada nak video call untuk melihat keadaan terkini tapi dia tak nak, belum bersedia kerana belum sihat.

“Bulan ni macam-macam ujian… sekarang ni sakit time Covid-19 kena ada duit. Untuk pembedahan abang Ezad nak dekat RM27,000, jadi saya minta rayuan dekat doktor pakar dan mereka faham dapatlah sedikit pengurangan,” katanya kepada mStar.

Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siti Nordiana buat laporan polis

Buka parlimen: Kuasa atau rakyat? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker