10 individu buat upacara keagamaan di jalan terbuka waktu PKP

Sebaran :

10 individu buat upacara keagamaan di jalan terbuka waktu PKP

Video satu upacara keagamaan melibatkan 10 individu termasuk kanak-kanak tular di media sosial sejak semalam.

Kejadian dipercayai berlaku di kawasan perumahan teres berdekatan persimpangan lampu isyarat Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas, Georgetown, Pulau Pinang.

Upacara keagamaan dipercayai bagi menghormati kematian seorang ahli keluarga.

Berdasarkan video 23 saat itu, kelihatan kelibat individu dipercayai ‘tok sami’ berdiri sambil beberapa individu mengelilingi api dalam upacara pembakaran tersebut yang dipercayai diadakan pada waktu malam.

Video yang dirakam oleh orang di sekitar kawasan itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan aktiviti berkumpul di tempat terbuka itu tidak harus dilakukan ketika kes harian jangkitan Covid-19 menunjukkan jumlah yang membimbangkan. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

10 individu buat upacara keagamaan di jalan terbuka waktu PKP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM cirit-birit boleh umum, kenapa ordinan darurat tidak?


Sebaran :

Leave a Reply