Jururawat tampil dakwa mangsa terbaru pendakwah selebriti Da’i Syed – KP Selangor

Polis Shah Alam menerima satu lagi laporan jenayah seksual ke atas Syed Shah Iqmal atau Da’i Syed, menjadikan sembilan laporan setakat semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, laporan itu dibuat seorang wanita berusia awal 20-an di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, berhubung kejadian jenayah seksual yang didakwa dilakukan Da’i Syed.

“Wanita yang tidak bekerja itu datang ke balai untuk membuat laporan,” katanya kepada media selepas merasmikan Balai Polis Sri Muda, di sini, hari ini.

Menurut beliau, dari sembilan laporan, tujuh kes dibuka kertas siasatan, manakala dua kes lagi diklafikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), kerana tidak berlaku kejadian jenayah seksual terhadap kedua mangsa.

Ditanya, adakah dua NFA itu disifatkan sebagai laporan palsu, Noor Azam menyatakan, tidak.

“Yang dua NFA itu kita tidak ambil apa-apa tindakan sebab tidak ada perbuatan (jenayah seksual). Ini bukan laporan palsu… laporan palsu itu lain, ini mangsa buat untuk menyokong kepada laporan mangsa lain.

“Ketika ini Da’i Syed direman sehingga 11 Disember dan apabila selesai siasatan, kita akan rujuk kepada Pendakwa Raya untuk tindakan,” katanya.

Semalam, peguam Da’i Syed, Syed Amirul Syed Edros meminta polis memberikan status NFA kepada dua laporan itu.

Katanya, jika terdapat unsur laporan palsu, polis perlu mengambil tindakan kepada pengadu kerana selain hendak menegakkan hak Da’i Syed, dibimbangi ada pihak sengaja berbuat demikian untuk mengeruhkan keadaan.

Mengenai modus operandi yang digunakan pendakwah itu, Noor Azam berkata, ia sama sahaja iaitu berkenalan dengan mangsa melalui media sosial dan berpura-pura mengajak untuk keluar makan dan dibawa balik ke rumahnya.

“Modus operandi dia sama saja. Dia akan berkenalan dalam media sosial, lepas itu berpura-pura keluar makan dan berpura-pura balik ke rumah konon hendak mengambil barang, selepas itu dia mula dengan tindakannya,” katanya.

Beliau menyeru mangsa yang terlibat dengan suspek tampil membuat laporan untuk memudahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah itu. MG

Tambah 5 lagi wanita tampil dakwa dirogol pendakwah muda, polis percaya ‘kemungkinan’ ada lagi mangsa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker