Sekatan terhadap China, Amerika belum pertimbang

Amerika Syarikat (AS) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan sekatan terhadap China berhubung konflik peperangan di Ukraine.

Lapor South China Morning Post, Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen berkata, hal itu disebabkan Beijing tidak membekalkan bantuan ketenteraan kepada Moscow.

“Saya tidak fikir ia adalah keperluan atau tindakan yang perlu dibuat buat masa sekarang.



“Pegawai kanan AS sedang mengadakan perbincangan secara sulit dan rahsia dengan China bagi memastikan negara itu memahami kedudukan mereka,” katanya.

Perkembangan itu merupakan pendirian terkini Washington terhadap Beijing berhubung peperangan di Kyiv.

Sebelum ini, China enggan mengutuk tindakan Rusia terhadap negara jirannya mahupun menyifatkan serangan itu sebagai satu bentuk pencerobohan.

Kerajaan AS berkata, pihaknya memantau secara dekat sekiranya China didapati membekalkan sebarang bantuan ketenteraan atau kewangan bagi membantu Moscow berdepan serangan.



Peperangan yang sudah melebihi sebulan itu menyaksikan ribuan mangsa meninggal dunia dan jutaan bergelar pelarian dengan menyelamatkan diri ke negara seberang.

Menurut Yellen, Kerajaan AS sudah mendakwa Rusia dengan jenayah peperangan kerana melancarkan serangan terhadap orang awam dan kanak-kanak di seluruh Ukraine.

“Kami sangat mengambil berat sekiranya China membekalkan senjata kepada Rusia atau cuba mengelak sekatan yang dikenakan terhadap sistem kewangan Rusia dan bank pusat negara itu.

“Kami tidak lihat ia akan berlaku buat masa ini,” jelasnya.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini



Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker