Cuba kebas RM123 juta

Cuba kebas RM123 juta

Anastasia Kotvitska yang berkahwin dengan salah seorang lelaki paling kaya di Ukraine, ditangkap selepas membawa wang bernilai 22 juta Pound Sterling (kira-kira RM123.33 juta) ketika melepasi sempadan.

Isteri kepada hartawan dan ahli politik Ukraine yang terkenal itu, didakwa membawa wang itu secara tergesa-gesa ketika melalui lintasan sempadan pelarian Ukraine untuk ke negara Kesatuan Eropah (EU), lapor Daily Star.

Wang di dalam dolar AS dan Euro itu dikesan oleh kastam Hungary dalam bagasi wanita itu yang juga pasangan kepada bekas ahli parlimen kontroversi, Igor Kotvitsky, 52, menurut laporan berkenaan.

Gambar juga menunjukkan wang yang disyaki cuba dibawa keluar itu.

Kertas siasatan kini dibuka ke atasnya kerana gagal mengisytiharkan sejumlah wang dari negara yang dilanda perang, kata laporan di Kyiv.

Kotvitsky pernah menjadi ahli parlimen terkaya di Ukraine berkata, isterinya mahu meninggalkan negara itu untuk bersalin.

Namun, beliau menafikan bahawa wanita itu membawa A$28 juta (kira-kira RM118 juta) dan 1.3 juta Euro (kira-kira RM6.05 juta).

“Semua wang saya ada di bank Ukraine, saya tidak mengeluarkan apa-apa,” katanya, sebelum menutup akaun media sosialnya.

Kenyataan lelaki itu yang dimuatkan di akaun media sosial anak perempuannya, Violetta, 24, pula mendakwa cerita itu, palsu dan khabar angin. HM

Cuba kebas RM123 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru

Wulan Guritno berani berbikini

Hina OKU, Kak Long 7E akhirnya mengadap Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker