Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan

 

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin menyokong cadangan supaya kerajaan memberi penghargaan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan untuk bersara daripada arena politik.

Jelasnya, Lim wajar diberi penghargaan kerana dia turut menyumbang kepada negara, meskipun sebagai pembangkang.

“Walaupun dia sebagai pembangkang boleh kata banyak jasa dia jadi pembangkang dalam Parlimen. “Sangat elok jika pihak kerajaan dapat hargai dengan memberi sedikit penghargaan kepadanya.

“Ini akan menambat orang ramai, pengundi-pengundi kepada keujujuran. Tidak boleh dinafikan dia turut menyumbang kepada pembangunan negara.



“Secara peribadi saya sokong jika dia diberi sedikit penghormatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Lim sebelum ini mengumumkan keputusannya untuk bersara dari dunia politik.

Keputusannya untuk bersara mendorong Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim membuat gesaan agar kerajaan memberikan penghargaan kepada veteran DAP berkenaan.

Lim, 81, menghabiskan lebih daripada separuh abad masanya bergelumang dalam politik.



Saranan Rais itu semalam turut mendapat sokongan bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim.

 

Ibrahim Ali: Dia tak hipokrit 

Nada sama turut disuarakan Presiden parti Putra Ibrahim Ali yang berpendapat sememangnya wajar untuk Lim diberi penghormatan kerana tempoh lama dia berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.

“Secara peribadi saya menyokong Kit Siang wajar diberi penghormatan bukan kerana keputusannya untuk bersara tetapi tempoh lama dia berkhidmat sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang.



“Dalam orang seperti saya tidak suka cara Lim memperjuangkan isu-isu kepentingan kaum Cina yang ada kala agak melampau, namun itu haknya sebagai seorang yang kuat jati diri patriotisme bangsanya.

“Pemimpin Melayu tidak ada bersifat seperti Lim yang konsisten, tegas dan lantang suaranya. Dia tidak hipokrit walaupun bukan beragama Islam,” kata Ibrahim.

Kata Ibrahim jasa Lim kepada rakyat dan negara wajar di iktiraf walaupun antara mereka sering melabelkan rasis.

Tanpa berselindung Ibrahim menyifatkan Lim sebagai ketua pembangkang yang hebat di negara ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker