Al-Quran tular bersepah di lantai diselamatkan JAIM

Sejak semalam tular satu klip video di laman sosial TikTok memaparkan berlaku pengabaian kitab-kitab agama dan naskhah suci al-Quran yang dibiarkan bertaburan di atas lantai di sebuah madrasah tinggal di Merlimau dekat sini.

Klip video oleh individu menggunakan akaun RayEIDan Shop itu turut menunjukkan keadaan sekitar bangunan tinggal termasuk ruang solat, bilik simpanan buku, asrama dan dewan kuliah yang rosak teruk dipercayai angkara khianat.

Tinjauan Kosmo! di lokasi bersama sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka bagaimanapun mendapati masih ada kitab-kitab yang berada dalam keadaan baik dan telah kumpulkan untuk diselamatkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi pemberita bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut.

“Saya tidak mahu ulas dahulu kerana ini isu (melibatkan) pertikaian antara dua kumpulan.

“Bagaimanapun JAIM sentiasa memantau rapat isu ini dan ada di lokasi,” katanya ringkas.

Difahamkan, kesemua barangan serta kemudahan pembelajaran yang disediakan di madrasah itu merupakan hasil wakaf daripada orang ramai.

Madrasah tersebut dikatakan dibuka sejak 2008, namun berdepan dengan isu membabitkan pihak pengurusan pada 2018 sehingga menyebabkan pertubuhan institusi itu dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)

Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker