Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Mustafa Akyol mempersoalkan sama ada Mufti Perlis Asri Zainul Abdin ada membaca keseluruhan pandangannya berhubung larangan memakai bikini bagi pelancong asing di Pulau Besar, susulan maklum balasnya terhadap ilmuan Turki itu.

Akyol berkata, berdasarkan ulasan Asri seperti dilaporkan dalam satu portal media, Asri meminggirkan perkara diutarakannya mengenai perintah al-Quran berhubung etika berpakaian bagi wanita Islam.



“Saya tidak mengatakan “merendahkan pandangan” satu-satunya perintah dalam Quran yang berkaitan dengan kod pakaian,” katanya kepada FMT. “Sebaliknya, apa yang hendak saya sampaikan perintah al-Quran mengenai kesederhanaan dalam pemakaian hanya untuk wanita Islam sahaja.

Menurut The Merdeka Times, Asri dilaporkan berkata, Akyol “jahil” kerana beliau menyatakan seolah-olah al-Quran hanya menyatakan perlu menundukkan pandangan, namun al-Quran juga menyentuh bab etika berpakaian.

Asri mengulas kenyataan Akyol berhubung rancangan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk memasang papan tanda peringatan pelancong di Pulau Besar supaya menjaga adab berpakaian.

Ia susulan video tular di media sosial berdurasi tiga minit memaparkan beberapa pengunjung ke kawasan itu mengenakan bikini, sejak 25 Dis.



Akyol juga membuat perbandingan situasi larangan arak bagi Islam, yang mana tidak terpakai kepada bukan Islam. Katanya, banyak negara Islam terdahulu seperti empayar Uthmaniyah, “bukan Islam bebas meminum arak di kawasan tertentu, termasuk mempunyai ‘tavern’”.

Felo kanan Pusat Kebebasan dan Kemakmuran Global Cato Institute, itu juga menolak pandangan Asri berdasarkan logik Akyol dalam merendahkan pandangan, yang berkata ertinya “boleh lah kita ke pejabat dengan bertelanjang bogel”.

Akyol berkata, Asri “salah sepenuhnya” kerana secara jelas menyatakan “setiap masyarakat mempunyai norma tertentu mengenai tingkah laku dan etika pemakaian”. Beliau berhujah, bagaimanapun, orang Islam tidak boleh mengenakan norma islamik tertentu kepada bukan Muslim.

Hari ini, kebanyakan bukan Islam dilihat normal memakai pakaian renang di pantai, kata Akyol. Beliau menambah, ia merupakan kebiasaan bagi mereka. Justeru, adalah lebih baik Muslim merendahkan pandangan, berbanding masuk campur dalam pemakaian orang lain.



“Umumnya, saya percaya hikmah al-Quran berhubung peringatan lelaki supaya mengawal diri yang sering diabaikan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kawasan ibadat berhak dikenakan peraturan dan sekiranya Pulau Besar secara rasmi dianggap sebagai kawasan seperti itu, beliau tidak membantah.

Selain pusat peranginan pantai dan beberapa pulau kecil lain, Pulau Besar terkenal dengan kawasan perkuburan lama dan makam ulama terkenal Islam.

Mengenai kritikan Asri beliau bukan ahli agama, namun hanya saintis politik yang tidak mempunyai latar belakang agama, Akyol berkata, beliau tidak pernah mendakwa dirinya “tradisional” mahupun “orang alim yang belajar di madrasah”.



Tetapi, katanya, beliau menghabiskan masa lebih dua dekad mendalami al-Quran, sejarah Islam, pengajian Islam dan hal ehwal dunia Islam, sehingga kepada menulis enam buku berhubung kepercayaan Islam, teologi dan undang-undang, yang dipuji oleh ahli akademik terkenal di Turki, Bosnia dan Barat.

“Kami menghormati mereka, tetapi alim (ulama) bukan satu-satunya pihak yang dapat memberi pandangan mengenai takrifan Islam hari ini,” katanya.

“Ada juga ahli akademik moden dan bijak pandai dalam kalangan orang awam. Saya juga tidak mengemukakan sebarang fatwa, hanya berkongsi perspektif bagaimana al-Quran boleh diterjemah berdasarkan persoalan kontemporari.”

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul buat air mata Yusof Haslam gugur

Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker