Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya

KUALA PILAH: Seorang lelaki tidak menyangka terdapat seekor ular tedung selar di bawah sofa ketika dia sedang berehat di ruang tamu dalam kejadian di Kuarters Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ulu Bendul di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, sepasukan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan.

Menurut Pegawai APM Daerah Kuala Pilah, Lt. (PA) Mohamad Ghazali Abd. Rahim, dalam kejadian itu, penghuni rumah yang berusia 40 tahun sedang menonton televisyen dan ternampak pergerakan reptilia berbisa itu di bawah sofa.



ANGGOTA APM menangkap seekor ular tedung selar yang memasuki sebuah rumah di Kuarters JPS, Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.

“Anggota APM segera memulakan operasi menangkap ular seberat tujuh kilogram itu dengan menggunakan penjerut ular. Operasi berjaya menangkap seekor ular tedung selar atau lebih dikenali sebagai King Cobra sepanjang kira-kira lima meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, reptilia yang mempunyai bisa tahap tinggi itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kuala Pilah sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)  Semenanjung Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan ini kejadian kali kedua kediaman tersebut dimasuki ular tedung dengan kejadian semalam melibatkan ular paling besar serta berbahaya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker