Reen Rahim sah bergelar isteri, terima sedulang barang kemas [VIDEO]

SELEPAS dua tahun berkenalan dan mengikat pertunangan pada Ogos lalu, Reen Rahim selamat disatukan dengan Ahmad Nur Hazim sebentar tadi

PUTRAJAYA – Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dengan sekali lafaz pada majlis yang berlangsung di Boraombak Marina sebentar tadi

Dalam majlis yang berlangsung pukul 9.30 malam tersebut, Reen dan ahli perniagaan berusia 28 tahun itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Abd. Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim dengan mas kahwin RM1,988 berserta sedulang barang kemas.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, turut menerima lima dulang hantaran yang berbalas tujuh dulang kepada pihak lelaki.

Memilih busana sedondon putih pada hari bahagia mereka, majlis akad nikah berlatarkan rona suci tersebut diserikan kehadiran 400 tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak dan teman terdekat mempelai.

Terdahulu, pasangan tersebut memaklumkan telah berkenalan sejak dua tahun lalu sebelum mengambil kata sepakat menjalin pertunangan pada 12 Ogos lalu.

Pelakon Daddyku Gangster itu sebelum ini merahsiakan identiti bakal suaminya, namun mendedahkan perkahwinan mereka mendapat tajaan bernilai RM15 juta dalam pelbagai bentuk.

Sebelum majlis pernikahan, semalam Reen terlebih dahulu diraikan dalam majlis berinai bertemakan Bollywood di Hulu Langat, manakala majlis resepsi pula akan berlangsung esok di sebuah dewan perkahwinan di Cheras. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker