‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’

‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’

Sambutan Ambang Tahun Baharu yang dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pembatalan itu susulan keadaan banjir dan kesusahan dialami rakyat pada masa ini.

“Oleh kerana beberapa negeri banjir dan mengambil kira kesusahan rakyat, maka sambutan besar-besaran di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini dibatalkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan banjir ketika lawatannya meninjau keadaan bencana itu di Kelantan petang ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu bencana banjir adalah tumpuan perbincangan pada Mesyuarat Kabinet hari ini.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah memberikan laporan hasil lawatannya ke Kelantan dan Terengganu sebelum ini pada mesyuarat Kabinet berkenaan.

“Saya akan ke Kelantan… pengumuman soal banjir akan dibuat di sana selepas mendengar pandangan di lapangan dan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini. BH

‘Kerajaan batal sambutan tahun baharu’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker