MPN dibatalkan – Anwar

MPN dibatalkan – Anwar

Penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan kerana timbul pertindihan fungsi dan jawatan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Itu (MPN) juga satu pertindihan juga, jawatan yang diletakkan untuk memenuhi keperluan ketika itu,” katanya pada sidang akhbar di Perdana Putra.



MPN ditubuhkan pada 21 Jul 2021 selepas mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri melalui Memorandum Jemaah Menteri kepada Kementerian Kewangan, kata menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz.

Beliau berkata, MPN yang dipengerusikan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, tidak mempunyai kuasa eksekutif dan hanya bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan semata-mata.

Dalam pada itu, Anwar juga sedang meneliti untuk membubarkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memandangkan ada banyak badan seumpamanya, selain ada pertindihan bidang kuasa.

“Apa yang penting pusat GIACC ini prinsipnya itu diterima, tapi tidak boleh terlalu banyak seperti mana saya lakukan dengan ketua setiausaha negara (KSN), malah tugas perdana menteri juga malah banyak yang telah saya lepaskan supaya dipertanggungjawab kepada timbalan perdana menteri.



Katanya, bagaimanapun mana-mana agensi kerajaan yang boleh digabungkan akan digabungkan sebagai mengelak pertindihan peranan. FMT

MPN dibatalkan – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




All Together Now Malaysia: Datuk Syafinaz, Catriona Ross sekolahkan peserta ‘kurang adab’

Penyokong wanita tidak pakai baju rai kemenangan Argentina di stadium



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker