NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib

NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib

Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali Gabungan Gerakan Keadilan Untuk Datuk Seri Najib Razak hari ini menghantar memorandum memohon semakan dan nyahklasifikasi laporan siasatan SPRM terhadap hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika membaca memorandum mereka di luar pintu Parlimen, jurucakap NGO itu Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Nazlan mempunyai ‘konflik kepentingan’ ketika mengadili perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib. Dia mendakwa sabitan bersalah terhadap Najib adalah ‘dirancang’.

Dengan itu katanya, kerajaan digesa segera melaksanakan tindakan sewajarnya ke atas Mohd Nazlan yang didakwa mencabuli beberapa peruntukan perundangan dan Kod Etika Hakim 2009.

Dokumen itu diserahkan Lokman kepada Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Gan Wen Shen di pekarangan luar bangunan Parlimen.

Bercakap pada sidang media, Lokman menggesa, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun segera mengambil tindakan ke atas Mohd Nazlan, berpandukan cadangan kertas siasatan SPRM. BH

NGO serah memorandum minta siasat Hakim bicara kes Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker