UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN

UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN

UMNO akan ‘ditalkinkan’ atau pupus lebih awal sekiranya parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, jika UMNO bergabung dengan PN belum tentu parti itu mendapat kemenangan 30 kerusi.



Ini kerana menurut beliau, UMNO akan dipaksa menyerahkan banyak kerusi kepada Bersatu dan Pas.

“Daripada 165 kerusi (tolak kerusi di Sarawak dan Sabah) jika dibahagi kepada BN, Pas dan Bersatu dan Gerakan, mungkin UMNO cuma dapat bertanding kurang 50 kerusi selepas ditolak kouta untuk MCA dan MIC.

“Lebih perit lagi pastinya Pas dan Bersatu mahu bolot kerusi Melayu dan selamat untuk pastikan calon-calon mereka menang, sedangkan UMNO pula bakal terlepas banyak kerusi tradisi parti itu sejak tahun 1957,” kata Nur Jazlan.

Pas katanya, tidak akan mengalah untuk menuntut kerusi di Kelantan, Terengganu dan Kedah.



Manakala Bersatu pula ada kemungkinan untuk minta kerusi di Perak, Negeri Sembilan dan sebahagian Selangor.

Kerusi-kerusi yang dituntut adalah kerusi majoriti Melayu yang sememangnya menjadi rebutan tiga parti Melayu utama dalam PN.

Nur Jazlan mendakwa, Bersatu dan Pas telah menonjol sikap sebenar ketika bersama-sama UMNO dalam kerajaan apabila membolot kementerian penting untuk parti masing-masing.

Nur Jazlan mendakwa, keadaan akan bertambah teruk sekiranya UMNO bersetuju mendirikan Kerajaan Perpaduan bersama Bersatu dan Pas selepas pilihan raya.



Katanya, kedua-dua parti tersebut sudah pasti mahu menjadi jaguh kerana memiliki kerusi yang lebih banyak berbanding UMNO.

“Saya kenal sangat dengan perangai Muhyiddin dan Abdul Hadi yang masing-masing mahu jadi abang besar dalam pakatan dan UMNO akan jadi mangsa buli mereka.

“Pengalaman dalam kerajaan PN sudah cukup mengajar UMNO untuk tidak jatuh dalam lubang yang sama dua kali,” kata beliau.

Sementara itu Nur Jazlan berkata, UMNO mendapat kedudukan yang sewajarnya melalui Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.



UMNO mendapat portfolio penting dengan presidennya Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Kita boleh lihat bagaimana PKR dan DAP boleh berunding dan bertolak ansur proses pembentukan kerajaan serta Kabinet.

“DAP berlapang dada untuk tidak menuntut kouta Kabinet yang lebih biar pun mereka ada ramai wakil dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Anwar membentuk barisan menteri dan timbalan menteri yang solid.

“PH tak mengetepikan atau menganaktirikan UMNO dalam pelantikan menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan dengan menyaksikan wakil UMNO mendapat kouta yang sama rata dengan PKR dan DAP,” kata Nur Jazlan. MG



UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker