Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ

Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ

JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih yang dijadual diadakan di sebuah hotel mewah di Johor Bahru pada malam Jumaat.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, JAINJ menerima maklumat daripada orang awam berhubung pesta buih selepas tersebar jemputan ke parti secara tertutup berkenaan di media sosial.

Menurut beliau, JAINJ sudah menghubungi penganjur dan pemilik hotel terbabit dan mereka bersetuju untuk membatalkan parti yang akan dirancang diadakan di kolam renang hotel berkenaan.

“Tindakan membatalkan program itu dibuat serta merta kerana ia melibatkan pergaulan bebas dan tidak sopan antara orang Islam.

“Saya percaya rakyat Johor termasuk orang bukan Islam pun melihat pergaulan bebas sebagai perbuatan tidak baik, bukan agama Islam semata-mata, ini adalah soal budi bahasa dan adat resam Johor sendiri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Pusat Islam Johor, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fared memaklumkan pihaknya akan memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan termasuk memberi jaminan keselamatan kepada kakitangan MAINJ yang bertugas dalam mencegah aktiviti maksiat di Johor.

Menurutnya, JAINJ akan menjalankan pemantauan di beberapa lokasi lain termasuk di hotel mewah tersebut bagi memastikan tidak ada program atau aktiviti yang mengundang kemaksiatan seperti pesta buih itu diadakan.

“Kita sudah memberi amaran dan akan menjalankan penguatkuasaan untuk bertindak jika penganjur atau mana-mana lokasi meneruskan pesta buih itu.

“Pencegahan terhadap program maksiat sebegini akan diteruskan sepanjang masa dan bukan dilakukan secara bermusim pada tarikh tertentu sahaja.

“Kerisauan kita adalah program yang melibatkan pergaulan bebas dan perlakuan tidak sopan seperti ini melibatkan orang Islam. Saya percaya semua orang termasuk yang bukan Islam pun tidak mahu melihat kegiatan bercampur bebas ini,” katanya. E9

Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker