Duit PAS dari ‘Tin Milo’ – Ahli Parlimen PAS

Pada sebuah acara baru-baru ini untuk mengiktiraf usaha petugas pilihan raya, ahli parlimen PAS Ahmad Amzad Hashim mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menyumbang kepada “tin Milo” bagi membantu membiayai aktiviti dan program parti.

Merujuk kepada sumbangan ahli PAS, ahli parlimen Kuala Terengganu itu berkata semua aktiviti dan program itu dapat dilaksanakan kerana sumbangan “tin Milo”.

“Jika ditanya dari mana PAS memperolehi dana bagi melaksanakan setiap aktiviti dan program, kami tidak malu untuk menyatakan bahawa ianya adalah daripada ‘tin Milo’ ahli-ahli kami.



“Duit PAS adalah daripada kocek ahli-ahli kami sendiri,” katanya seperti dilapor Harakahdaily.

Ahmad juga menyifatkan prestasi cemerlang PAS dalam pilihan raya sebagai “manifestasi keinginan rakyat untuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil dengan Islam menjadi panduannya.”

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-15, PAS yang merupakan sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), muncul sebagai pemenang terbesar dengan lebih 40 kerusi parlimen.

Bagaimanapun, PN gagal membentuk kerajaan berikutan kebuntuan politik yang berpunca daripada parlimen tergantung.



Perbelanjaan pilihan raya PN juga menimbulkan pertikaian, dengan pelbagai pihak menggesa siasatan tentang bagaimana gabungan baru yang diketuai oleh Muhyiddin Yassin mempunyai akses kepada dana sedemikian.

SPRM juga sedang menyiasat bekas perdana menteri dan pentadbirannya berhubung dakwaan penyelewengan dana awam untuk menangani pandemik Covid-19.

Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga menteri kewangan, mendakwa hasil perjudian mungkin digunakan untuk membiayai aktiviti kempen PRU. Anwar bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti.

Walaupun tidak menyebut nama parti atau ahli politik, Anwar dipercayai merujuk kepada PN.



Susulan itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata PN akan mempertimbangkan untuk menyaman perdana menteri sekiranya dia gagal mengemukakan bukti.

Sementara itu, Ahmad berkata kejayaannya menang di Kuala Terengganu adalah atas pengorbanan semua pihak yang bekerja tanpa jemu.

“Tanpa sokongan, dorongan serta pengorbanan para amilin ini, ditambah dengan usaha yang tidak mengenal erti penat lelah dan jemu sepanjang masa berkempen, dan dengan munajat serta keyakinan pertolongan Allah bersama kita, mana mungkin kita mampu memperolehi kemenangan dengan majoriti sebanyak 40,907 undi,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib



Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker