Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib
Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib
“Kenapa orang tak suka Auntie (Watie Hanifiah)? Apa salah dia?”
Itu pertanyaan anak-anak Shuib Sepahtu, 38, menyedari kehadiran wanita dikenali sebagai Watie dalam hidup mereka, tidak disenangi segelintir peminat.
Shuib mendakwa diaju pertanyaan itu oleh anak-anak yang tahu hubungannya dengan Watie yang juga seorang usahawan, diperkatakan masyarakat.
Malah, Shuib berkata, kehadiran Watie dalam hidupnya sudah lama diketahui anak-anak, namun, dia merahsiakan perkara itu.
“Anak-anak sudah lama tahu hubungan kami tapi mereka hanya diam. Apabila perkara itu diketahui umum, anak-anak mula mengusik saya,” katanya pada sidang media musim ketiga The Masked Singer Malaysia di sini, hari ini.
Shuib berharap orang ramai tidak menimbulkan spekulasi atau perkara tidak benar dalam soal hubungannya bersama Watie.
Bagi penyampai radio Suria FM itu, perbuatan itu tidak enak didengar dan dilihat seolah-olah membelakangkan keluarganya sendiri.
“Selebihnya kita kena berserah termasuk soal jodoh di mana saya serahkan kepada Allah. Cuma kadang-kadang apabila perkara itu tidak betul, saya kena cakap (perkara sebenar).
“Kalau ada perkara baik untuk masa akan datang, saya mesti kongsi. Saya tak suka apabila orang cakap hendak sorokkan perkara sebenar. Saya nak sorokkan apa?
“Bagaimanapun, sudah tentu saya hendak yang terbaik dalam hidup. Saya sentiasa berdoa semoga Allah tunjukkan jalan dan hadirkan orang yang baik dalam hidup saya,” katanya sambil menambah empat cahaya matanya selesa dengan Watie.
Sementara itu, Shuib menafikan bakal mendirikan rumah tangga dengan Watie dalam masa terdekat.
“Kalau ada perancangan seterusnya, saya akan cakap. Saya memang sedang berkawan dengan dia (Watie).Tetapi untuk lebih daripada itu, masih belum ada perancangan,” katanya.
Hasil perkongsian hidup bersama Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum arwah meninggal dunia, Ogos tahun lalu. BH
Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah