Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’

Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’

Bekas ketua pengarah perkhidmatan awam (KPPA) Mohd Shafiq Abdullah akan mengambil tindakan undang-undang berhubung penamatan perkhidmatannya.

Susulan pengumuman penamatan perkhidmatannya oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali hari ini, Shafiq berkata beliau berasa “terkilan” dan “tidak berpuas hati ” dengan keputusan tersebut.



“…Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam hal ini yang telah menganiayai saya meskipun saya telah menyumbang tenaga dan fikiran selama 30 tahun dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan.

Awal hari ini, Zuki mengumumkan menerusi kenyataan media bahawa perkhidmatan Shafiq sebagai KPPA ditamatkan, berkuat kuasa semalam.

Menurutnya, Shafiq dibersarakan mengikut subseksyen 10(5)(d) Akta Pencen 1980, yang membolehkan beliau menikmati semua faedah persaraan yang layak baginya. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker