Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
Bersih menggesa Muhyiddin Yassin mengambil tindakan di mahkamah berhubung “dakwaan liarnya” kononnya berlaku penipuan dalam pilihan raya, baru-baru ini.
Pengerusinya, Thomas Fann berkata, dakwaan itu sama seperti dakwaan palsu dibuat bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang seterusnya memecahbelahkan selain menggugat kestabilan politik negara itu.
“Dakwaan palsu sebegitu mungkin memainkan jiwa Malaysia dan menyemai ketidakpercayaan dalam sistem pilihan raya di sini.
“Jika Muhyiddin percaya berlaku penipuan besar-besaran, beliau harus merujuk ke mahkamah dan bukannya membuat kenyataan yang tidak berasas. Sudah tiba masanya untuk beliau akur dan menerima keputusan PRU15 dan terus memainkan peranan semak dan imbang pembangkang,” katanya kepada FMT.
Pada Khamis, Muhyiddin melabel kerajaan gabungan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebagai “penipuan pilihan raya terbesar yang pernah ada”.
Trump dan sekutunya mengulangi dakwaan berlaku penipuan pilihan raya selepas beliau gagal dalam kempen pemilihan semula presiden pada 2020.
Dakwaannya, berlaku penipuan besar-besaran dalam pilihan raya yang disifatkan oleh Presiden AS Joe Biden sebagai ancaman terbesar kepada demokrasi negara itu.
Fann berkata, penipuan pilihan raya adalah percubaan yang menyalahi undang-undang untuk mengubah keputusan pilihan raya secara besar-besaran yang melibatkan beribu-ribu atau berjuta-juta undi.
Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia, berkata kenyataan Muhyiddin adalah tidak tepat dan mengelirukan.
“Penipuan pilihan raya mempunyai makna yang berbeza sama sekali, termasuk memasukkan undi dan cara lain yang menyalahi undang-undang untuk memenangi pilihan raya.
“Apa yang saya rasa yang ingin disampaikan ialah janji kempen oleh Umno dan PKR adalah mengelirukan,” katanya.
Azeem berkata, kenyataan mengelirukan seperti itu mungkin timbul daripada salah faham terhadap dinamik kerajaan yang memerintah sekarang.
Beliau berkata, PH dan BN terpaksa bekerjasama kerana tiada satu pun daripada tiga gabungan utama itu mempunyai majoriti Parlimen.
Azeem berkata, bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa Presiden Umno Zahid Hamidi telah cuba merangka pelan kerjasama antara Umno dan PKR sebelum PRU15.
“Ikrar tiada Anwar, tiada DAP, tiada Bersatu yang dibuat sebelum ini oleh Zahid adalah satu langkah taktikal.
“Beliau tahu BN tidak akan mampu membentuk kerajaan sendiri. Apa pun nilainya, kedua-dua parti tidak jujur kepada ahli dan pengundi mereka. Ia adalah pengetahuan umum mereka cuba untuk berselindung,” katanya.
Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Tomok dakwa pekerjanya kena pukau
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?