Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]

 

DOHA- Tindakan zalim seorang pegawai media skuad Piala Dunia Brazil terhadap seekor kucing yang muncul secara tiba-tiba dalam satu sidang akhbar, mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pencinta haiwan seluruh dunia.

Dalam kejadian tersebut, kucing itu melompat ke atas meja ketika penyerang Brazil, Vinicius Jr. sedang bercakap kepada pemberita menjelang suku akhir Brazil menentang Croatia.



Vini Jr. yang kelihatan sedikit terkejut bagaimanapun, meneruskan sidang akhbar sebelum seorang pegawai dengan kasarnya menghalau kucing berkenaan.

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai tersebut mencengkam bulu di belakang kucing itu, kemudian mengangkat dan mencampakannya ke bawah meja.

Vini Jr. yang kelihatan terkejut dengan situasi itu melemparkan pandangan kurang senang terhadap pegawai tersebut yang berada di sebelahnya.

Rata-rata orang ramai khususnya pencinta kucing menyelar tindakan pegawai tersebut yang bersifat kejam terhadap haiwan tidak bersalah itu, apatah lagi si comel langsung tidak menganggu kelancaran sidang media.



Walau bagaimanapun, kucing tersebut kemudian dilihat sedang berehat di atas lantai bilik media dalam beberapa foto yang dikongsi oleh netizen di media sosial.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terima kasih Annuar bongkar Muhyiddin beri duit pada UMNO



Raba payu dara sepupu isteri, lelaki didakwa

Wan Fayhsal buat laporan polis terhadap Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker