Lelaki putus tangan, jiran cedera di perut bergaduh guna parang, ‘pedang samurai’

Lelaki putus tangan, jiran cedera di perut bergaduh guna parang, ‘pedang samurai’

JITRA: Seorang lelaki parah apabila tangan kirinya putus terkena libasan ‘pedang samurai’ oleh jirannya dalam pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata jirannya turut cedera pada perut akibat terkena libasan parangnya, dalam kejadian jam 2.10 petang itu.



“Polis percaya berlaku pertengkaran mulut sebelum itu, dan ekoran tidak berpuas hati mangsa (lelaki putus tangan) datang ke rumah suspek membawa sebilah parang.

“Suspek (jiran) yang berang bertindak mengeluarkan sebilah ‘pedang samurai’ lalu melibas dan terkena tangan kiri mangsa sehingga putus,” katanya di sini, pada Isnin.

Beliau berkata, lelaki yang berusia 27 tahun itu kemudian dihantar ke Hospital Jitra oleh saksi yang berada di lokasi kejadian.

Katanya, jirannya berusia 29 tahun yang cedera pada perut dihantar ke hospital sama oleh anggota Unit Anggota Peronda (MPV).



Rodzi berkata, susulan kejadian polis merampas sebilah pedang samurai dan parang yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.-Awani

Lelaki putus tangan, jiran cedera di perut bergaduh guna parang, ‘pedang samurai’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang



Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker