Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir

Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta menyatakan secara terbuka identiti 42 Ahli Parlimen yang memberi akuan bersumpah (SD) menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Muhyiddin perlu berbuat demikian memandangkan beliau masih belum dapat menerima kesudahan yang berlaku.



“Bekas Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun pun tidak mampu menolong apabila ketua-ketua parti yang muktamadkan sokongan ahli-ahli parti mereka masing-masing.

“Berkias macam mana pun, kesudahannya tidak ada kepada PN. Setakat 73 Ahli Parlimen tak cukup kuat. Move on and try again,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video yang tular berhubung dakwaan Muhyiddin bahawa seramai 115 Ahli Parlimen menyokongnya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu masih membangkitkan isu tersebut walaupun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. MG



Muhyiddin mesti dedah siapa 42 Ahli Parlimen beri SD – Shahrir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anwar ‘tegur’ Syed Mokhtar, Bernas – Pesawah akan terima bayaran RM60j



Anwar arah siasat perbelanjaan RM600 bilion semasa era PN

Jangan berani sentuh Messi – Tyson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker