BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi

BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi

KULIM: Barisan Nasional dan Pakatan Harapan Bahagian Padang Serai membuat laporan polis bersama terhadap Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Md Nor yang mendakwa kerajaan perpaduan adalah “kerajaan luar tabii”.

Sanusi membuat kenyataan itu dalam ceramah Perikatan Nasional (PN) di Taman Mutiara di sini, dua hari lalu.



Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Padang Serai, Samsuddin Ahmad berkata, Sanusi yang juga menteri besar tidak wajar membuat kenyataan seperti itu.

Beliau turut mendakwa Sanusi menghina Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan penubuhan kerajaan perpaduan.

“Saya merayu menteri besar tolonglah bertaubat,” katanya di luar IPD Kulim selepas membuat laporan itu.

Sanusi antara pemimpin PN yang dikecam selepas mengkritik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.



Calon PN Padang Serai, Azman Nasruddin sebelum ini dikritik kerana melabelkan kerajaan perpaduan sebagai “kerajaan zina”. FMT

BN, PH lapor polis kenyataan ‘kerajaan luar tabii’ Sanusi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat



Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker