Polis panggil Hadi beri kenyataan

Polis panggil Hadi beri kenyataan

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipanggil untuk memberi kenyataan berhubung laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Menurut pembantu Hadi, Ahli Parlimen Marang itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 3 petang untuk merakam keterangannya.



Pembantu itu berkata, ia susulan laporan polis dibuat oleh beberapa pihak sebelum ini.

Hadi sebelum ini mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dan menghalang PAS daripada berkuasa.

Beliau turut menyifatkan parti komponen Pakatan Harapan itu “tidak bermoral”.

Hadi menggunakan analogi bola sepak untuk mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil “tiba-tiba memberi masa tambahan” bagi memberi peluang kepada pasukan kalah “untuk menang dengan apa cara sekalipun”.



Komennya yang dipetik daripada kolum ditulisnya dalam lidah rasmi PAS, Harakah ditafsirkan sebagai merujuk gesaan Agong untuk membentuk kerajaan persekutuan perpaduan.

Sementara itu, Ketua Komunikasi PKR Ampang Syafiq Zulkifli semalam menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap Hadi yang menyifatkan kenyataan berbaur hasutan itu boleh mengancam perpaduan negara.

“Kebencian yang cuba disemai ahli politik seperti Hadi menyebabkan ketidakharmonian dan membantut pertumbuhan ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan pelabur.

“Tindakan tegas mesti diambil polis terhadap mereka yang mencabar kedaulatan negara dan mereka yang terlibat dalam sebarang unsur pengkhianatan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan perpaduan,” katanya dalam kenyataan.



Ia susulan laporan polis dibuat NGO Raudhatul Muslimin terhadap Hadi, dengan berkata kenyataannya berunsur fitnah dan tidak sejajar ajaran Islam, selain boleh mengganggu ketenteraman awam.

NGO itu juga menuduh Hadi tidak menghormati Perlembagaan dan Agong. FMT

Polis panggil Hadi beri kenyataan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?



Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker