Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

RAJA Formula Songsang Mohd Rafizi bin Ramli yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ke-5, antara pemimpin Muda parti tersebut yang menjanjikan bermacam-macam formula untuk menarik sokongan pengundi atas pagar ketika menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tahun 2017, Rafizi mengerakkan Trak BINA SEMULA NEGARA berkempen sehingga Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya. Tahun 2022 pula Rafizi menggerakkan AYUH MALAYSIA dengan janji dan berbagai formula sehingga PH memang 82 kerusi.

PH menang 82 kerusi namun ianya tidak membolehkan mereka membentuk kerajaan secara sendiri. Akhirnya Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan.

Kini kerajaan Perpaduan sudah terbentuk apabila Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10.

Rakyat Malaysia terutama pengundi atas pagar sedang menunggu bila formula Rafizi akan dilaksanakan.

Menurut Rafizi, Ayuh Malaysia akan memperjuangkan lima dasar iaitu keselamatan makanan, tenaga boleh baharui, pendidikan vokasional, isu perumahan dan pendidikan.

Ianya termasuk masalah peluang pekerjaan, kos sara hidup, perlindungan sosial khususnya buat wanita dan kanak-kanak serta masalah perumahan dan lain-lain

Penyokong Rafizi percaya kononnya beliau boleh berperanan merencana kenaikan Gaji Rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang bagi membantu mengurangkan tekanan Kos Sara Hidup Rakyat.

Persoalannya adakah Rafizi akan mengotakan janji dan formula yang beliau berikan ketika menghadapi PRU15?

Kita perlu ingat bahawa dalam tempoh 3 bulan selepas pemilihan PKR, Rafizi telah bekerja keras pagi, petang, siang dan malam untuk mencipta gelombang supaya rakyat khasnya pengundi atas pagar mengundi PH.

Gelombang yang Rafizi cipta berdasarkan janji untuk menaikan Gaji Rakyat bagi membantu mengurangkan tekanan Kos Sara Hidup Rakyat. Sekarang mereka menunggu untuk gaji dinaikkan. Adakah rakyat kena “game” lagi sekali sebagaimana penipuan Rafizi tentang penghapusan PTPTN?

 

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi

Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker