Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi

Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi

MALABO, Equatorial Guinea – Presiden paling lama berkhidmat di dunia, Teodoro Obiang Nguema Mbasogo, memenangi pilihan raya semula Equatorial Guinea sekali gus meneruskan pemerintahan rejim autoritariannya, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Mbasogo, 80, berjaya memperoleh hampir 95 peratus undian, kata beberapa pegawai selepas enam hari proses undian berlangsung.



“Keputusan ini membuktikan bahawa kita berada di pihak yang benar. Kita akan terus menjadi parti yang hebat,” kata Naib Presiden, Teodoro Nguema Obiang Mangue, yang merupakan anak lelaki Mbasogo.

Dalam pilihan raya tersebut, beberapa calon pembangkang turut cuba tampil ke hadapan namun tidak ada yang diramal menang.

Mbasogo mempunyai kedudukan kukuh di negara Afrika tengah yang kaya dengan hasil minyak itu serta dikuatkan lagi dengan beberapa jawatan penting dalam kerajaan dipegang oleh ahli keluarganya.

Beliau merampas kuasa pada 1979 selepas pengambilalihan tentera serta terselamat daripada beberapa cubaan kudeta.



Selepas mendapat jawatan daripada pemimpin terdahulu dan bapa saudaranya, Francisco Macias Nguema, Mbasogo melaksanakan beberapa reformasi tetapi mengekalkan kawalan penuh Nguema terhadap negara itu.

Beliau difahamkan berhasrat menggunakan penggal keenam pemerintahannya untuk membersihkan reputasi di peringkat antarabangsa selepas menafikan tuduhan pencabulan hak asasi manusia dan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

Equatorial Guinea memiliki sejarah dalam apa yang digelar pengkritik sebagai menipu dalam keputusan pilihan raya.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia menggelar dua presiden negara tersebut iaitu Mbasogo dan Francisco Macias Nguema sebagai antara pencabul hak asasi yang paling teruk di Afrika. K Online



Presiden paling lama berkuasa di dunia menang pilihan raya lagi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker