Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk

Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk

Penyanyi Ismail Izzani terus mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan tular menerusi aplikasi TikTok, baru-baru ini.

Video berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermirip Ismail, 22, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher dalam keadaan ghairah.



Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya dipercayai dalam keadaan ‘lalok’.

Susulan penularan video memalukan itu, akaun Instagram anak kepada penyanyi era 1980-an, Datin Suliza Salam itu diserang netizen apabila rata-rata mengecam perbuatan tidak bermoral itu.

“Terus tak minat penyanyi dengan lagunya sekali.

“Oh inilah orangnya yang kuat pergi berhibur ke kelab malam dan berfoya-foya.



“Harap @astromalaysia @tv3malaysia @rtm_malaysia @awesometv.my, @hotfm976, @suriamalaysia, @sinar_my, @era.je

BLACKLISTED/BANNED Ismail Izanni untuk sementara waktu untuk muncul di mana-mana platform media sama ada televisyen mahupun radio kerana tingkah laku agak keterlaluan…

“Semoga ini boleh menjadi pengajaran untuknya. Terima Kasih.

“Kaki arak rupanya Ismail ini,” tulis netizen dalam ruangan komen.



Dalam pada itu, ada juga yang menitip kata-kata nasihat agar penyanyi berkenaan tidak mengulangi perbuatannya demi masa depan dan maruah keluarga.

“Tak kesian kat ibu awak ke Mail? Luluh hati tengok anak dia. Banggakan ibu awak dengan benda yang bermanfaat.

“Jangan terlampau leka dengan hiburan dunia yang tak kekal lama. Beringat sebelum terlambat,” tulis netizen.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama penyanyi berkenaan terbabit dalam kontroversi berpelukan di kelab malam.



Empat tahun lalu, Ismail pernah dikecam netizen gara-gara aksi mesranya dengan seorang pelakon sensasi.

Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa penyanyi lagu Luar Biadsa itu mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis akibat terlanjur.

Bagaimanapun, ibunya menafikan berita itu dan menyifatkan dakwaan itu hanyalah gosip liar walaupun videonya sudah terang dan tersebar. BH

Video panas, Ismail Izzani dikecam teruk




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dari mana Muhyiddin ada ‘puluhan juta’, warganet tanya Annuar



Pemain Arab Saudi terima hadiah Rolls Royces Phantom

Kami tak jual prinsip parti – Azalina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker