Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember

Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini tidak membabitkan pemilihan parti.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata pemilihan parti akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU) seperti ditetapkan dalam pindaan Perlembagaan UMNO.

“PAU yang diadakan bulan depan bukanlah pemilihan parti. Seperti yang sedia maklum, tahun ini ada dua kali perhimpunan agung disebabkan COVID-19. Hari itu kita buat untuk tahun 2021 dan bulan depan untuk tahun ini.

“Jadi selepas PAU 2022, kita akan buat pemilihan parti pula. Kita ada tempoh enam bulan untuk pemilihan,” katanya kepada BH, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, dalam kenyataan memaklumkan MKT UMNO yang bermesyuarat malam kelmarin memutuskan PAU 2022 akan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ini.

Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, bagi tujuan untuk mengadakan pemilihan parti, Setiausaha Agung kebiasaannya akan mengadakan mesyuarat Biro Politik bagi menentukan tarikh penting sebelum dibawa kepada mesyuarat MKT UMNO sebelum pengumuman mengenainya dibuat.

“Setiausaha Agung kemudian akan memberi notis kepada cawangan dan seterusnya bahagian.

“Apabila ada pemilihan, akan ada proses menawarkan diri selepas mesyuarat cawangan diadakan. Mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, akan mengisi dan menghantar borang pencalonan,” katanya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sebelum ini meluluskan usul pindaan Perlembagaan UMNO yang diputuskan parti itu sebelum ini.

Kelulusan itu menyaksikan pemilihan UMNO di semua peringkat diadakan tidak boleh lebih daripada enam bulan selepas diadakan sesuatu PRU Parlimen (Dewan Rakyat). BH

Tiada pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO Disember


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Agama, bangsa tak patut jadi isu dalam penubuhan kerajaan – Johari

Agong cadang kerajaan perpaduan PH-PN, Anwar setuju Muhyiddin tolak

Bakal pengantin ‘dirasuk’ roh, menari tarian Jawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker