Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya

Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya

Malaysia masih menantikan perdana menteri kesepuluh, selepas PRU15 menyaksikan negara buat pertama kalinya berdepan situasi parlimen tergantung.

Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencabar Pengerusi PN Muhyiddin Yassin untuk mendedahkan senarai 115 ahli parlimen yang dikatakan menyokongnya.



“Mana tahu ada nama ahli parlimen dari BN.

“Kalau tidak berani (dedahkan), jangan setakat istana, rakyat pun tidak percaya,” kata Puad di Facebook hari ini.

Puad juga menyifatkan tindakan Muhyiddin yang tidak setuju dengan saranan Yang di-Pertuan Agong berhubung kerajaan perpaduan antara PH dan PN sebagai tidak menghormati baginda.

Yang di-Pertuan Agong sepatutnya menerima menghadap 30 ahli parlimen BN pada jam 10.30 pagi ini.



Namun ia masih tidak dapat dipastikan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam memutuskan untuk memohon penangguhan.

Kedua-dua PH dan PN memerlukan sokongan BN untuk mendapat majoriti mudah di Parlimen dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang baru.

Sementara itu, wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga telah dititah untuk menghadap Agong hari ini. Mk

Puad cabar Muhyiddin dedah senarai MP sokongnya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi



Punca kekalahan Nurul Izzah

Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker