Polis Selangor dirikan 26 SJR

Polis Selangor dirikan 26 SJR

Sebanyak 26 sekatan jalan raya (SJR) didirikan di seluruh Selangor sebagai langkah kesiapsiagaan berikutan kerajaan yang masih belum dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pengoperasian SJR bermula jam 8 pagi, Rabu.



“SJR didirikan sebagai langkah kesiapsiagaan memandangkan sehingga sekarang kerajaan belum dapat dibentuk.

“Orang ramai dinasihatkan agar memberi kerjasama kepada petugas di SJR,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Tambah Arjunaidi, polis juga menasihatkan orang ramai supaya kekal tenang dan tidak menimbulkan kekecohan dengan sebarang isu yang sensitif.

Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara yang boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan awam dalam tempoh pasca PRU15.



Ujar Acryl Sani, semua elemen telah digerakkan untuk memastikan ketenteraman awam terjamin.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan mengancam tahap keselamatan negara. Sinar

Polis Selangor dirikan 26 SJR


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Hilangkan Dakwat Mengundi

Punca kekalahan Nurul Izzah



Langkah GRS seperti isytihar perang terhadap BN Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker