Harap PN tidak cari BN di Pahang

Harap PN tidak cari BN di Pahang

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man telah dilantik mewakili Perikatan Nasional (PN) Pahang mengetuai rundingan bagi pembentukan kerajaan negeri.

Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Tertinggi PN agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka yang baharu itu mengetuai sesi rundingan.

“PN Pahang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengundi di negeri Pahang yang telah memberi kemenangan kepada PN sehingga kami berada dalam kedudukan untuk membentuk kerajaan negeri.

“Majlis Tertinggi PN telah melantik Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mengetuai rundingan bagi pembentukan kerajaan negeri dan akan meneruskan rundingan membentuk kerajaan negeri Pahang seberapa segera,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 di negeri itu menyaksikan 17 kerusi dimenangi PN, 16 oleh kerusi Barisan Nasional (BN) dan lapan lagi dari Pakatan Harapan (PH).

Apa pun kita harap mereka tidak mencari BN kerana sebelum ini mereka dengan angkuh menolak BN.

Harap PN tidak cari BN di Pahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button