Lelaki ditemui mati, suspek wanita ditahan

Lelaki ditemui mati, suspek wanita ditahan

SEREMBAN: Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan luka pada rusuk kanan di sebuah unit apartment di Taman Bukit Delima, di sini, malam tadi, dipercayai akibat pergaduhan dengan seorang wanita.

Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumah berkenaan serta terdapat kesan darah di beberapa lokasi di dalam kediaman itu, kira-kira jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan adalah isteri kepada mangsa, namun kesahihannya masih belum dipastikan.

“Kami menerima panggilan daripada pengawal keselamatan di apartment ini yang memaklumkan terdapat kematian di lokasi sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, kami menemui satu mayat lelaki warga tempatan dalam keadaan terlentang dan kesan darah pada lantai. Terdapat seorang wanita berada di lokasi dalam keadaan panik dan kesedihan,” katanya ketika ditemui di lokasi, malam tadi.

Nanda berkata, siasatan lanjut pada mayat dan lokasi kejadian mendapati terdapat kesan luka pada rusuk kanan mangsa selain menemui pisau pemotong sayur dipercayai senjata yang digunakan dalam kejadian ini.

“Siasatan juga mendapati wanita ini adalah warga Vietnam berusia 33 tahun dan dipercayai masuk ke negara ini pada Jun lalu. Bagaimanapun, kami akan membuat semakan dengan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Daripada maklumat awal yang kami terima daripada orang awam di sekitar lokasi, mereka memaklumkan terdengar pergaduhan antara mangsa dan wanita berkenaan kira-kira jam 9 malam.

“Pihak kami akan menahan wanita terbabit bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, polis masih mengesan saksi lain bagi membantu siasatan kejadian ini dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta supaya menyalurkannya kepada pihak berkuasa. BH

Lelaki ditemui mati, suspek wanita ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker