Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail

Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail

Perlumbaan menawan Putrajaya, semakin rancak dengan kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim dan Pengerusi Perikatan Nasional. Muhyiddin Yassin masing-masing mendakwa mereka mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Yang di-Pertuan Agong telah memberikan mereka tempoh sehingga jam 2 petang ini untuk membuktikan dakwaan mereka.

Malaysiakini membawa kepada anda, berita-berita terkini, tepat mengenai apa yang berlaku.

Ismail: Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob membayangkan pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh membuat keputusan bagi pihak BN.

Bercakap kepada pemberita selepas tiba di PWTC, Ismail berkata hanya dewan tertinggi BN boleh membuat keputusan sedemikian.

“Dengan ketiadaan PAU, MT saja boleh membuat keputusan. kalau melibatkan BN, kita bertanding bukan atas Umno, atas BN, mesti keputusan MT BN.

“Kalau ini tidak dilakukan, siapa buat keputusan tidak sah,” katanya.

Pimpinan tertinggi PH, BN bertemu di hotel di KL

Beberapa pimpinan tertinggi PH dan BN dilihat berada di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Mereka ialah Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Delegasi dari Amanah juga berada di sini terdiri daripada presiden Mohamad Sabu, timbalannya Salahuddin Ayub dan ketua menteri Melaka, Adly Zahari.

Mereka dijangka mengadakan mesyuarat hari ini mengenai penubuhan kerajaan baru. Mk

Hanya dewan tertinggi BN boleh buat keputusan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin

SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

https://mykmu.net/2022/11/17/tiket-konsert-blackpink-di-malaysia-sold-out-dalam-masa-30-

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker