Punca kekalahan sebenar UMNO

Punca kekalahan sebenar UMNO

PRU15 adalah tsunami sebenar dan terbesar yang di hadapi oleh UMNO. Ramai yang menganggap PRU14 berlaku tsunami tetapi dia hanya ribut sahaja.

Jadi apakah punca berlakunya tsunami UMNO ini?



Pertama sekali, ia adalah kerana tiada kesetiaan kepada parti di kalangan ahli parti itu sendiri.

Ahli parti lebih setia kepada Ketua berbanding parti.

Ambil contoh parti lain, sekiranya parti membuat ketetapan sesuatu perkara, maka semua akan patuh dan melaksanakan ya.

Tetapi dalam UMNO, kesetiaan hanya kepada pemimpin yang diikuti mereka.



Parti lain letak sahaja siapa saja calon, seluruh jentera dan Ahli bergabung memastikan kemenangan calon tersebut. Tetapi tidak dengan UMNO.

Kedua, pemimpin-pemimpin UMNO pula bukan semua, terdiri dari kalangan yang tidak mengambil peduli apa yang ahli serta rakyat mahukan. Mereka juga ada agenda masing-masing.

Parti di letak di belakang, dan masing-masing ada kepentingan dan agenda tersendiri.

Tiada perpaduan di kalangan pemimpin bila parti membuat sesuatu ketetapan.



Maka yang perlu di salahkan adalah semua bukan sesetengah pihak sahaja.

Ketiga, tiada bahan kempen berkenaan pada PRU15 ini daripada pihak UMNO dan BN.

Lihat sahaja bagaimana media sosial utama seperti Facebook, Instagram, twitter dan paling popular TikTok dikuasai oleh PN dan PH. Adakah pemimpin tidak sedar dengan perkara ini?

Kemenangan PN kali ini adalah kerana bahan kempen yang sangat berkesan sepanjang tempoh kempen dijalankan dan sampai kepada kumpulan sasaran.



Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk ahli-ahli parti yang setia mengambil alih kepimpinan parti dan memastikan parti keramat ini dapat bangun semula.

Jangan biarkan parti ini hancur begitu sahaja. Pemimpin-pemimpin expired perlu berundur dari semua peringkat dan beri peluang kepada pemimpin-pemimpin baru.

Pemimpin-pemimpin UMNO dari segenap peringkat perlu Laglh down to earth dan bukan lagi mereka yang di kalangan elit.

Bertindaklah sebelum terlambat.



Punca kekalahan sebenar UMNO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



SCRUT dedah syarikat yang melibatkan Muhyiddin dan ahli keluarga

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker