2 mayat remaja ditemui dalam Toyota Alphard

2 mayat remaja ditemui dalam Toyota Alphard

Mayat dua remaja ditemui dalam sebuah Toyota Alphard di kawasan tempat letak kenderaan tingkat bawah sebuah bangunan di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Ahad lepas.

Ketua Polis Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata, kedua-dua mangsa – seorang lelaki dan seorang perempuan berusia 19 tahun – itu ditemui orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis pada kira-kira 8.26 malam.



“Hasil siasatan di tempat kejadian menemui satu mayat perempuan warganegara berusia 19 tahun di bahagian penumpang hadapan dan satu mayat lelaki warganegara juga berusia 19 tahun di bahagian penumpang belakang kenderaan terbabit.

“Pemeriksaan tubuh badan kedua-dua mayat serta tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Idzam berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) namun siasatan lanjut masih diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.



“Orang ramai boleh menghubungi Ketua Polis Balai Salak Selatan Muhd Arfizan Bin Ab Aziz di nombor 019-9198729, hotline polis Cheras di nombor 03-9284 5050/5051, hotline polis Kuala Lumpur di nombor 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana balai polis terdekat,” katanya. FMT

2 mayat remaja ditemui dalam Toyota Alphard


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker