Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Suatu ketika dahulu, Bocey boleh dikatakan antara kumpulan lawak generasi pelapis yang cukup popular dan mampu berdiri sebaris dengan Jozan dan Sepahtu.

Kumpulan dianggotai Allahyarham Abam, Achey dan Fad ini bukan sahaja mempunyai ikatan kimia yang kuat, malah lawak yang diketengahkan turut menarik perhatian ramai.



Bagaimanapun, selepas pemergian arwah Abam, awan mendung meliputi kerjaya seni Bocey apabila tawaran untuk membuat persembahan di kaca televisyen (TV) tidak lagi diterima.

Mengulas perkara itu, Achey ketika ditemui pada sidang media Legacy Rider 2.0, Rabu lalu mengaku reda dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian buat mereka.

“Kami memang sudah lama tak dapat tawaran membuat persembahan di kaca TV, sejak arwah Abam meninggal dunia.

“Disebabkan itu, saya beralih kepada bidang perniagaan dan aktif menghasilkan kandungan untuk media sosial.



“Bukanlah nak kata tiada ‘job’ langsung. Jadi pengacara atau program lain yang bukan berbentuk rancangan lawak ada juga saya terima.

“Cuma untuk sitkom atau program lawak sahaja yang kami sudah lama tak terima,” katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah bermakna lawak mereka tidak sehebat arwah Abam hingga akhirnya dipinggirkan, Achey tidaklah rasa begitu, tetapi mungkin pihak stesen TV anggap kumpulan tidak lengkap.

“Saya juga tak anggap apa yang berlaku seperti dipinggirkan, tetapi lebih kepada ujian.



“Bukan tak nak cari pengganti tetapi kalau adapun, apakah jaminan yang dapat diberi oleh stesen TV untuk memastikan jangka hayat kumpulan lawak ini berpanjangan.

“Kalau kita lihat, program lawak jenaka semakin berkurangan. Program popular sudah tidak diterbitkan lagi.

“Bagaimanapun, kalau Boecy nak cari pengganti, mungkin akan ada penambahan pada nama Bocey seperti yang dilakukan Sepahtu,” katanya.

Achey berkata, dia sudah tentu rindu, malah setiap kali buat ‘live’ dalam media sosial, ramai peminat bertanya bila nak muncul di kaca TV untuk menghiburkan mereka.



“Kami menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Memandangkan kami sendiri tak tahu sampai bila keadaan ini akan berlarutan, kami harap peminat akan sentiasa mengikuti perkembangan kami dalam media sosial.

“Ini kerana hanya di platform ini kami sering berkongsi kandungan dan membuat lawak jenaka,” katanya.

Mengulas dakwaan sengaja guna populariti anak, Nur Tiara Zinnirah Nasir demi bisnes, Achey berkata, dia tak menafikannya.

“Memang saya gunakan populariti anak, tetapi lebih kepada perkara positif, bukannya mengarut. Bila perniagaan gula-gula dan coklat yang Tiara usahakan mendapat sambutan, saya pulangkan semula keuntungan dengan membeli van jenazah untuk tujuan kebajikan. Ini adalah pesanan arwah bapa.



“Setiap 10 peratus keuntungan, kami masukkan dalam akaun simpanannya. Ini kerana kami mahu Tiara tahu duit itu adalah hasil titik peluhnya berniaga sejak kecil.

“Sebenarnya ada banyak lagi perancangan disusun untuk Tiara. Semuanya dilakukan untuk masa depannya,” katanya.

Terdahulu, dalam masa dua jam, Tiara berjaya menjual 3,000 pek gula-gula menerusi TikTok ketika jualan pertama.

Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya mengambil Tiara sebagai anak angkat pada 2018. BH



Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ajai tercarut dalam program FD3

FD3: Kemunculan Datuk Red bawa tuah kepada Adira

All Stars Gegar Vaganza: “Vocal cord saya memang ada parut kekal” – Naqiu

Saya tak berzina – Shakilla Khoriri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker