Hantu di UiTM Lendu

Hantu di UiTM Lendu

MELAKA – Pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Melaka menjelaskan video tular di TikTok berkenaan kisah seram di kampus Lendu, Alor Gajah hanyalah perkongsian pengalaman individu dan tidak mewakili warga universiti.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, siasatan telah dilakukan dan mendapati kisah tersebut hanyalah perkongsian pengalaman peribadi pihak terbabit semata-mata.



“Pihak universiti telah maklum akan hal ini dan beberapa tindakan telah dilakukan termasuk menyiasat kesahihan maklumat di video yang tular.

“Video tersebut merupakan pengalaman peribadi dan ia tidak mewakili seluruh pelajar di kampus ini, justeru pihak universiti telah menasihati individu terlibat,” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, kesemua staf residen di kolej kediaman cakna dengan perkara tersebut dan sentiasa memantau keselamatan pelajar semasa di kolej.

“Mana-mana pelajar yang terkesan dengan penyebaran TikTok kisah seram di UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah@ Lendu itu boleh tampil untuk mendapatkan khidmat sokongan daripada kami.



“Kami amat memahami kesan video-video sebegini terhadap kesejahteraan pelajar, perasaan ibu bapa dan reputasi universiti,” jelasnya.

Terdahulu, tular di TikTok klip video pengalaman kisah seram didakwa berlaku di kampus berkenaan yang diceritakan beberapa individu termasuk bekas pelajar universiti terbabit.

Tinjauan Kosmo! di platform itu bagaimanapun mendapati perkongsian kisah seram tersebut mula dimuat naik sejak tahun lalu sehingga sekitar Ogos lalu. K Online

Hantu di UiTM Lendu



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen



Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U



Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker