Artis lama sorok derita

Artis lama sorok derita

Keadaan kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh dijangka kelangsungannya.

Bagi kerjaya sebagai selebriti terutamanya pelakon, tentunya jam bekerja mereka memerlukan komitmen tenaga yang sangat tinggi.



Namun, apabila muncul sakit-sakit kronik yang sedikit memberi kesan kepada tenaga mereka sebagai pelakon, ada dalam kalangan mereka mula dianaktirikan.

Itu juga membuatkan ramai pelakon tanah air yang lebih rela ‘menahan sakit’ daripada berkongsi masalah itu demi mencari sesuap nasi.

ZILA BAKARIN

Pelakon, Zila Bakarin, 48, yang baru-baru ini menjalani pembedahan selepas disahkan mengalami slip disc juga memilih untuk meneruskan kerja lakonan walaupun terpaksa menahan sakit.



“Pihak produksi semestinya mahukan pelakon yang sihat untuk bekerja. Tapi, benda berkaitan penyakit ini, kita tak minta pun.

“Kadang-kadang dalam keadaan sakit pun, kenapa kita perlu bekerja? Sebab itulah punca rezeki kita. Saya selalu ingatkan diri saya dan percaya bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu kita. Kalau sakit bagaimana sekalipun, kalau ada rezeki, memang akan ada,” katanya.

Menurut Zila, keputusannya untuk bertahan akhirnya memakan diri apabila dia terpaksa menanggung kesakitan luar biasa.

Namun, pada masa sama, dia juga bersyukur kerana bekerja dengan produksi yang memahami situasinya.



“Sakit yang saya alami, saya tak ganggu orang. Tapi, ada masanya saya perlu berehat. Ada sesetengah penggambaran yang memerlukan saya untuk ‘buat-buat’ kuat. Tapi, hujung-hujung jadi begini. Saya rasa nak kena berserah.

“Pihak produksi pun kena faham sebab kalau mereka yang sakit ini disisihkan, tak ada tawaran kerja nanti,” katanya.

JASMIN HAMID

Pelakon, Jasmin Hamid, 49, yang mengalami masalah jantung berkata, keadaan jantungnya semakin baik dan sudah tak ada bahagian yang tersumbat lagi.



Namun, dia hanya boleh menjalani ujian MRI pada September tahun depan bagi memastikan dia benar-benar bebas daripada sebarang komplikasi.

“Saya tanya doktor kenapa lama sangat? Saya dimaklumkan keutamaan diberikan kepada mereka yang terpaksa menunda ujian MRI ketika pandemik Covid-19 lalu. Jadi, saya kena tunggu hingga tahun depan.

“Setakat ini, doktor dah hentikan segala ubat-ubatan. Tapi, saya tak boleh terlalu selesa juga dan kena berjaga-jaga sebab benda ini adalah pembunuh dalam senyap. Tambahan pula, saya pun ada genetik penyakit jantung,” katanya.

Ditanya pendapat mengenai keadaan kesihatan dan kualiti kerjanya sebagai pelakon, Jasmin berkata, dia lebih selesa sekiranya pihak produksi bertanya terus kepadanya daripada membuat andaian berdasarkan cerita-cerita orang luar.



“Alhamdulillah, setakat ini penyakit saya tak menjejaskan kerja saya sebagai pelakon. Tapi, di Malaysia ini, kalau kita beritahu mengenai penyakit kita, orang akan anggap kita dalam keadaan terlantar dan tak boleh bekerja. Saya sendiri pernah dengar, orang cakap saya sakit padahal saya ke hospital untuk buat pemeriksaan.

“Ada juga syarikat produksi yang tak semak dulu dengan kita, tapi terus enggan menawarkan kerja sebab mereka anggap kita sakit. Ada yang hanya dengar daripada orang lain. Mereka boleh tanya saya terus, sama ada saya boleh bekerja atau tidak, boleh lakukan babak-babak lasak atau tidak.

“Lainlah kalau saya memang terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda. Saya dah ‘segar bugar’, cuma masih dalam rawatan. Saya masih dapat bekerja dan doktor pun beri keizinan,” katanya.

Menurutnya, ada juga rakan-rakan artis yang terpaksa menyembunyikan penyakit mereka kerana risau sekiranya tidak akan ditawarkan kerja.



“Kadang-kadang ada orang yang sembunyikan mengenai penyakit yang dialami kerana takut tak dapat tawaran kerja. Kita kena sedar mengenai keadaan kesihatan kita dan produksi pun boleh faham.

“Orang-orang sakit ini, bila dia tak ada duit (untuk rawatan), lagi bertambah susah. Jadi, jangan buat andaian sendiri, tanya sama ada orang itu boleh bekerja atau tidak dan tawarkan kerja sekiranya dia masih boleh bekerja.

“Kepada rakan-rakan artis yang sakit, pergilah lakukan pemeriksaan. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dulu, saya ambil mudah mengenai perkara ini. Jadi, curi masa untuk buat ujian perubatan secara keseluruhan, barulah kita tahu tahap kesihatan kita terutamanya wanita. Bukan faktor umur saja kerana zaman sekarang, orang muda pun boleh kena pelbagai penyakit,” katanya.

ALONG EYZENDY

“Ketika mula-mula sakit dulu, saya rahsiakan juga. Bila dah sah akan jalani pembedahan, barulah saya maklumkan mengenai penyakit saya,” kata pelakon, Along Eyzendy, 44, yang berdepan masalah buah pinggang sebelum ini.

Along berkata, kadang-kadang ada dalam kalangan pelakon terpaksa merahsiakan mengenai sakit yang dialami demi mencari sesuap nasi.

“Pihak produksi pun ada yang tak mahu mengambil risiko dengan mengambil pelakon yang sakit kronik untuk bekerja. Nak kata benda-benda seperti sakit itu perlu dirahsiakan, takut makan diri juga.

“Saya ada bertemu dengan beberapa rakan yang juga pelakon-pelakon senior. Ada yang sakit, tapi terpaksa bekerja walaupun kita nampak dia macam sihat. Bila saya tanya kenapa dia masih bekerja, dia beritahu perlu mencari rezeki. Saya tanya sama ada pihak produksi tahu mengenai sakitnya, dia beritahu, ya mereka memang tahu,” katanya.

Along berkata, kebanyakan syarikat produksi juga tahu mengenai keadaan kesihatannya.

“Kebanyakannya akan bertanya. Adakah saya mampu untuk berlakon babak-babak tertentu? Saya jelaskan kepada mereka, kalau babak-babak aksi yang ringan, saya masih boleh buat kecuali yang benar-benar berat,” katanya.

Along menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 15 April 2021. Dia menerima buah pinggang sebelah kanan milik isterinya, Hamidah Mohd Yatim menggantikan buah pinggang kirinya yang rosak.

Berkongsi keadaan kesihatannya, Along berkata, keadaannya bertambah baik, tetapi antibodi tubuhnya menurun sedikit kesan daripada pengambilan ubat.

“Badan saya jadi sensitif terutamanya kepada cuaca. Saya tak boleh berhujan atau berpanas kerana saya akan mudah demam. Bahkan, kalau ada orang berhampiran saya yang batuk pun, saya mudah berjangkit.

“Bila dah demam, memang saya akan lemau, letih dan hilang selera makan. Tapi, bukanlah ia kerap berlaku kerana saya memang jaga,” katanya. HM

Artis lama sorok derita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker