Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram

Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah atas 18 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin.



Menurut pertuduhan, Wan Saiful didakwa memindahkan wang yang diperoleh daripada aktiviti haram dari akaun WSA Advisory Group Sdn Bhd kepada beberapa akaun lain.

Wan Saiful sebagai pengarah syarikat itu didakwa membeli kenderaan pacuan empat roda bernilai RM78,800, memindahkan RM3.169 juta ke dalam akaun peribadi, memindahkan RM38,160 kepada Sinar Karangkraf Sdn Bhd dan juga sejumlah besar pemindahan ke akaun pihak ketiga milik individu dan syarikat.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Ogos hingga 7 November 2022.

Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda minimum RM5 juta, sekiranya disabitkan.



Suzana kemudiannya membenarkan Wan Saiful dibebaskan dengan jaminan RM400,000 daripada kes sebelum ini dan mengarahkan beliau melaporkan diri ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua kali sebulan.

Mahkamah menetapkan 1 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Wan Saiful diwakili peguam Amer Hamzah dan K Kumaraendran manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad.

Wan Saiful sebelum ini didakwa atas dua tuduhan yang berkaitan dengan inisiatif Jana Wibawa, satu rangsangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional ketika itu untuk membantu kontraktor Bumiputera semasa wabak Covid-19. FMT



Wan Saiful didakwa 18 tuduhan baharu ubah wang haram

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker