Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya

Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya

Konflik di antara Shila Amzah dan adik beradik serta ibunya masih belum selesai dan terbaru, penyanyi itu telah meminta dipercayai kekasih adiknya, Syafiq untuk keluar dari banglo miliknya.

Menerusi Instagram story, Shila Amzah telah memohon agar wanita dikenali sebagai Eiza itu untuk keluar dari rumah berkenaan yang terletak di Hulu Langat, Selangor.



Tambah penyanyi berusia 33 tahun itu, dia memberi tempoh sehingga Jumaat ini (esok) dan jika Eiza masih berdegil, Shila tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang.

Jelas Shila lagi, dia pernah memberitahu ibunya untuk menyuruhnya keluar pada tahun lepas tetapi wanita berkenaan kembali tinggal di rumah itu tanpa kebenarannya.

Sila KELUAR dengan kadar segera. Lagi satu, jika kamu berkata apa-apa lagi tentang saya dan keluarga saya di akaun media sosial awak, saya akan hantar surat LOD.

Sementara itu, menerusi soal jawab bersama pengikutnya Shila mendedahkan wanita tersebut tinggal bersama keluarganya di banglo tersebut sejak tahun 2021 lagi.



Malah, dia turut mendedahkan wanita tersebut hanya tinggal sesuka hati tanpa membantu membayar apa-apa bil utiliti rumah berkenaan.

Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri



Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker