Mia Khalifa dipecat Playboy kerana sokong Palestin

Mia Khalifa dipecat Playboy kerana sokong Palestin

Playboy memutuskan hubungan dengan Mia Khalifa selepas bekas bintang filem dewasa kelahiran Lubnan itu menyiarkan beberapa siri ciapan yang meraikan serangan Hamas ke atas Israel, lapor Fox News.

“Sejak beberapa hari lalu, Mia telah membuat komen yang jijik dan keji apabila meraikan serangan Hamas ke atas Israel dan pembunuhan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata Playboy dalam e-mel kepada Khalifa.



I just wanna make sure there’s 4k footage of my people breaking down the walls of the open air prison they’ve been forced out of their homes and into so we have good options for the history books that write about how how they freed themselves from apartheid. Please worry about… https://t.co/sgx8kzAHnL
— Mia K. (@miakhalifa) October 8, 2023

“Di Playboy, kami menggalakkan kebebasan bersuara dan perdebatan politik yang membina, tetapi kami mempunyai dasar toleransi sifar untuk ucapan kebencian. Kami harap Mia faham bahawa kata-kata dan tindakannya ada akibatnya,” kata Playboy.

Majalah itu menambah bahawa saluran Playboy Khalifa akan dialih keluar dan semua videonya disekat.

Kontroversi ini bermula pada Sabtu lalu apabila Khalifa menyiarkan ciapan yang menggalakkan para pejuang Palestin untuk merakam kekejaman Israel ke atas Palestin agar ia dapat dilihat untuk generasi akan datang.



Tidak lama selepas Hamas melancarkan serangan ke atas Israel pada Sabtu lalu, Khalifa menulis di X, “Jika anda boleh melihat keadaan di Palestin dan tidak berpihak kepada rakyat Palestin, maka anda berada di pihak yang salah dalam apartheid dan sejarah akan menunjukkannya pada masanya akan datang.” Vc

Mia Khalifa dipecat Playboy kerana sokong Palestin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker