GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar

GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar

“Saya mohon maaf atas kekhilafan. Letakkan semua kesalahan pada saya dan bukan pasangan duet, Misha atau sesiapa saja,” kata penyanyi, Naqiu.

Naqiu berkata demikian ketika diminta mengulas aksi terlebih mesranya memegang tangan dan memeluk pasangan duet, Misha Omar yang mendapat kritikan ramai ketika konsert minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.



Menurut Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia hanya menyedari kesilapannya selepas selesai membuat persembahan.

“Aksi itu berlaku secara spontan di atas pentas dan saya tidak akan mempertahankan diri untuk mendakwa aksi mesra itu untuk mendapatkan ‘feel’ dalam nyanyian.

“Saya baru sedar, perkara itu tidak sepatutnya berlaku selepas selesai buat persembahan. Sebagai penyanyi, saya sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti masyarakat kita. Saya sedar ini adalah kesalahan saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas konsert berakhir.

Ditanya sama ada aksi terlebih mesra itu sengaja dicetuskan, bekas penyanyi kumpulan Boboy ini menafikannya.



“Saya ada bermacam cara yang boleh dilakukan untuk dapatkan publisiti, tetapi ini bukan salah satunya. Saya sudah berkecimpung dalam industri hiburan selama 23 tahun dan sudah matang dengan permainannya.

“Saya sudah berkahwin dan ada enam anak. Untuk cipta kontroversi bersama Misha yang juga berstatus isteri orang sangat tidak sesuai,” katanya.

Walaupun mendapat kritikan penonton, persembahan duet Naqiu bersama Misha yang mendendangkan lagu Aku Dan Dirimu nyanyian asal Ari Lasso dan Bunga Citra Lestari mendapat pujian daripada juri profesional.

Naqiu berkata, dia memang seorang yang suka bereksperimen dalam persembahan pada ASGV setiap minggu.



“Saya nak keluar dari zon selesa bila masuk ASGV. Tapi tidak semua eksperimen akan diterima. Minggu pertama saya cemerlang dan minggu kedua pula saya gagal. Eksperimen saya untuk minggu ini pula agak melampau dan perlu lebih matang untuk minggu seterusnya,” katanya.

Terdahulu, Naqiu dikritik hebat oleh netizen selepas membuat persembahan pada ASGV malam tadi.

Rata-rata netizen berasa kurang selesa menonton Naqiu beraksi mesra bersama Misha pada konsert berkenaan. HM

GV10: Naqiu mohon maaf terlebih mesra dengan Misha Omar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker